sejarah terciptanya "orang mude Geng Kite"
Monday, January 17, 2011
PAS GANTI UMNO
Slogan "PAS GANTI UMNO" memang tepat dilancarkan ketika mana UMNO kini dilanda dengan seribu kekalutan isu yang tak terjawab dikalangan pemimpinnya..
slogan ini juga menjadikan UMNO di sesetengah tempat di negeri terengganu khususnya dan di Dun Jabi contohnya,macam cancing kepanasan.
keberkesanan Kalimah "PAS Ganti UMNO " itu juga telah membuat UMno Jabi hilang pertimbangan bila mana mengarahkan PAS jabi membuang Banner yang tergantung di pejabat MTD Jabi..mana mungkin kita Pihak PAS nak buang atas arahan dia..sebelum tu sedar ke tidak UMNO ni..banner tu tergantung di kawasan bangunan milik PAS..apa kena mengena yang nak dimarahkan sampai disuruh buang...lainlah kalau banner tu tergantung di depan pejabat UMNO Jabi..ataupun tergantung di kawasan sekolah ke atau di balaraya...adalah jugak logik akal..kalau ye pun marah pasal ada perkataan "UMNO "..itu biasalah adab berlawan..puak demo naik kain rentang bagitau "PAS kluk klek" kita relaks je..demo tulis "PAS ni parti Tungangan DAP"..kita tak suruh buang pun..tak kanlah dengan slogan tu demo dah rasa gelabah?.
Itulah nak bagitau bertapa ceteknya pemikiran UMNO ni hingga tak sempat nak pikir sebelum nak bagi arahan supaya buang banner tu..hai gelak aku dengan puak-puak UMNO ni.. .kalau begitu maknanya Slogan tu dah mengena sasaran!
kita tinggal dulu UMNO ni ..biar dia terjun dengan labunya..biarkan ..biarkan..
" Pelancaran himpunanKebangkitan Rakyat "sempena PAS Ganti UmNO baru-baru ini di dataran Tok Guru kg Geliga kemaman telah menyaksikan semangat untuk nak tukar kerajaan UMNO dengan PAS membuak-buak di jiwa masing-masing yang hadir ke program itu.tidak hanya di kalangan veteran yang sinonim ngan perjuangan Pas ni..tapi direalisasikan dengan kehadiran ribuan anak anak muda dari setiap ceruk negeri Terenganu ni yang memang di luar dari jangkaan.
Difahamkan lebih 3000 konvoi motor dari anak anak muda telah mengiringi Presiden dan Mursyidul Am pada pagi itu ke tapak program.satu angka yang agak menakjubkan berbanding program yang dianjurkan oleh Umno sebelum pada itu.
Dua hari selepas itu ada anak muda (anak orang umno) yang datang berjumpa bertanya pasal Konvoi ke program itu.Dia melahirkan rasa menyesal kerana tidak mengetahui program tersebut.saya berkata 'itu program PAS tak kan nak ikut sama'..dia menjawab "itu soal lain..".
jadi itulah senario kesan dari program yang diajurkan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu.
memang patutlah UMNO gelabah..
Persoalannya..bersiapkah kita untuk nak ganti Umno ni yang kita semua maklum sebab kena ganti..setakat mana kita nak menyakinkan golongan atas pagar,anak anak muda dan pengundi pengundi baru supaya menyokong PAS mengantikan Umno.
Semua itu perlu bermula dari peringkat cawangan lagi..sama ada AJK cawangan, pemuda dan Muslimat ia perlu memainkan peranan penting dalam nak mengantikan Umno terutama JKKK..kalau rakyat di bawah dapat yakin dengan kemampuan cawangan bekerja dari segi kebajikan...cakna ...dan ambil berat masalah setempat..tak mustahil kita PAS boleh ganti Umno di peringkat Negeri...tapi kalau cawangan masih lagi tak bergaul dengan masyarakat..tak tunjuk kemampuan boleh menyelesai masalah orang kampung..maknanya tak kemana slogan keramat tu..
Jadi bermula pada pelancaran kebangkitan rakyat baru baru ini kita kena start buat kerja.jangan tunggu kita memerintah baru nak dampingi masyarakat..kita tak nafikan UmNo la ni ada jentera kerajaan..dan kita tak payah lawan dengan jentera ini..yang akan kita tawan ialah hati-hati mereka yang akan terasa terhutang budi kalau kita dapat selami masalah seharian mereka.kalau tidak semua masalah dapat diselesaikan sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan mereka..itu rasanya lebih berkesan.
Teringat Ucapan Ust Idris ahmad dalam konteks cara bekerja nak ganti Umno ni...'Ia mesti bermula peringkat cawangan bekerja dan berfikir macaman nak menangkan peringkat UPU...MTD kena fikir cara mana nak menangkan DUN..peringkat Negeri berfikir cara negeri dan seterusnya untuk nak Ganti Najid biar peringkat pusat yang berfikir dan bekerja macamana nak ke Putra Jaya.' kalau masing-masing fahami setiap tugas yang diarahkan jadi tak mustahil slogan PAS GANTI UMNO akan jadi realiti..InsyaAllah.
Friday, December 31, 2010
Hijriah vs Masehi
lama benar tk up date blog pemuda jabi ni..alasannya macam biasalah..SIBUK!
Malam ni secara kebetulan atau disengajakan..ideal menulis timbul bila mana telefon berdering bunyi sms dari seorang sahabat mengucapkan SELAMAT MEYAMBUT TAHUN BARU 2011.
ah tk perasan pulak malam ni malam terakhir tahun 2010 masehi.dan jam menunjukan pukul 12.05 tgh malam..maknanya dah 5 minit berada di tahun 2011..patutlah tadi terdengar detuman bunga api kat luar rumah..ingat sapa yang nak perabih baki mercum raya hari tu..rupanya tu detuman kemeriahan merayakan tahun baru!
Di facebook & tagged berlambak ucapan happy new year...bermacam-macam ucapan ditujukan.ada yg mendoakan panjang umurlah..moga sukses dalam kerjayalah..dan tak kurang juga yang berazam nak buat yang terbaik !
pendek kata muncul je tahun baru..azam pun mesti baru..
Persoalannya..?
kenapa suka sangat masyarakat kita dengan kehadiran tahun masehi ni..wahhal kita sudah pun berada di tahun baru yakni pada 7 disember lalu kita dah pun melangkah ke tahun 1432hijriah bersamaan dengan 1 muharam..jadi kita dah mendahului masehi ..tak kan dah lupa ngan slogan maal hijrah..adakah dengan sebutan selamat menyambut maal hijrah tak semeriah happy new year?
sebetulnya ramai dikalangan msyarakat kita sama ada di bandar-bandar mahu pun di kampung tidak mengerti kewujudan tahun masehi.sekian masa berlalu segala urusan semenjak tarikh lahir kedunia hinggga mati kita didik dengan tahun masehi.apatah lagi segala urusan keduniawi...tahun masehi merupakan tarikh penting dalam nak menetapkan masa hari dan ketika.Untuk nak imbas kembali sejarah kewujudan tahun masehi agak sukar untuk saye perjelaskan dalam ruang yang terhad ini..tapi pembaca boleh buat di carian maya untuk mengetahui sejarah sebenar.
Apa yang nak di kongsikan ialah setakat mana keserasian Tahun Hijrah islam dalam masyarakat Islam pada hari ini terutama generasi baru..boleh dikatakan 60% anak-anak muda kita tak ambil kisah dengan tahun islam.buktinya setiap tahun kedatangan Sambutan maal hijrah golongan muda masih tidak menyertai sepenuhnya setiap program yang dianjurkan di tempat masing-masing.bagi mereka yang ada asas agama mungkin memahami sedikit sebanyak sejarah hijrah..tapi bagi mereka yang jauh ngan ilmu dan tidak terdedah dengar ajaran agama ..mungkin tak ambil peduli dengan kedatangan 1 muharam.
kenapa kita perlu kembali kepada penggunaan tahun hijrah?
Adalah banyak pekara dan peristiwa penting yang terkandung dalam setiap bulan di tahun hijrah.bermula dengan nabi kita Muhammad S.A.W menerima wahyu yang pertama.sehinggalah kewafatan baginda ..banyak peristiwa-peristiwa dan pekara yang perlu kita hayati dan memperingati agar ia dapat memantap umat islam .
dalam setahun mungkin 3 pekara utama yang masyarakat kita ingat sampai bila-bila iaitu Puasa di bulan Ramadhan,sambutan hari raya aidilfitri di bulan shawal dan hari raya korban di bulan haji(istilah org kampung) yakni di bulan Zulhijah..inilah rasanya masyarakat kita tak lupa nama dan peranan bulan islam..
Bagaimana dengan bulan-bulan lain?..dalam bulan berapa nabi isra mi'raj?bulan berapa sambutan maulud nabi atau kelahiran baginda?dan dalam bulan berapa nabi berhijrah?dalam bulan Rejab apa pekara yang berlaku? semua persoalan-persoalan ini kalau ditanya pada generasi muda hari ini rasanya sedikit yang dapat menjawabnya.sebabnya ?kerana kita sudah sekian lama peduli dengan tahun masehi tapi tak peduli ngan tahun Islam
Sambutan pada tahun ini juga rasanya seperti tahun yg lepas-lepas ...akan ada mereka-mereka yang berkumpul beramai-ramai menanti detik jam 12.00malam untuk nak melaungkan happy new year!tanpa peduli percampuran lelaki dan wanita...wang beribu dihabiskan dengan membakar mercum dan bunga api..aduh malang sungguh anak muda kita yang terbuai hanyut dengan tahun masehi! tak mustahil hasil dari pergaulan tak berbatas ini akan memberi kesan pada7 bulan akan datang dengan kes PEMBUANGAN BAYI pula..Nauzulbillah.
disinilah peranan kerajaan dan pemerintah untuk nak didik masyarakat dengan sebaiknya.dengan memainkan peranan dengan menganjurkan program yang lebih sihat dan berfaedah ..cukuplah dihidangkan anak-anak muda dengan program yang melalaikan...perbataskan pergaulan...rugilah generasi muda ini terutama Melayu beragama islam.masalah sosial makin berlambak..kalau di tambah lagi dengan sambutan hiburan melampau sebagai penyambut tahun baru..tak mustahil akhir tahun nanti berlambak juga masalah hasil dari sambutan awal tahun!
Wednesday, December 8, 2010
Majlis Khatan 2010
Alhamdulliah..
Pada 4 disember 2010 ..majlis khatan beramai-ramai anjuran penyelaras pemuda pas dun jabi telah selamat disempurnakan..Tahun ini walaupun agak merosot sedikit pesertanya iaitu sebanyak 55 orang berbanding tahun lepas yang mencecah 100 orang lebih..tapi program tetap berjalan lancar. kemerosotan peserta memang sudah dijangka kerana program pada kali ini agak terlewat sikit diadakan memandangkan tarikh asal bertembung dengan kawasan lain yang sudah tempah awal-awal lagi skuad "TOK Mudim"
Program yang bermula seawal 8 pagi dimulakan dengan ucapan dari ketua PPDJ saudara Rafie dan seterusnya dirasmikan oleh Dr Azman Ibrahim selaku wakil MTD jabi.Sebanyak 5 bilik telah di buka bagi mempercepatkan program tersebut supaya tidak ada rungutan lambat dari ibu bapa.Dengan kepakaran yang ada peserta seramai 55 orang itu telah dapat disiapkan dalam masa setengah hari sahaja.
Bagi kami Pemuda Dun..kepuasan tergambar bila mana program yang dianjurkan semenjak 11 tahun dahulu dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM50.00 sahaja.Berbanding dengan kos rawatan di sekitar klinik swasta dan kerajaan..ada kos sehingga RM60.00 hingga RM80.00.
Di samping itu juga kami pihak PPDJ sejak dari dulu lagi akan memberi sedikit cederahati buat peserta khatan.
Keseluruhan penganjuran program tersebut adalah semata-mata untuk memberi khidmat kebajikan kepada warga Dun Jabi Khususnya .dan Alhamdulillah.sokongan dari ibu bapa tanpa mengira pahaman politik telah menjayakan program yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda Pas Jabi.Moga tahun hadapan kami sebagai penganjur akan cuba memastikan memberi khidmat bakti dengan lebih baik lagi..InsyaAllah
Friday, November 12, 2010
PASTI...jom mari pakat hantar anak-anak
11hb November 2010..
Majlis ihtifal PASTI di dun jabi telah berlansung dengan meriah semalam.Cawangan kerandang telah dipilih sebagai tuan rumah bagi tahun ni..Bagi tahun lepas ia berlangsung di Cawangan Bukit Tanah.Alhamdullilah dengan cuaca baik walaupun dalam musim edah hujan..program sepagi dapat berjalan dengan sempurna.
kesempatan ini pihak PPDJ ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada AJK cawangan Kerandang kerana besusah payah dan bertukus lumus dalam menyediakan persiapan pentas..tempat dan makan minum sepanjang tempoh program berjalan.
Persoalannya....
Setakat mana ibu bapa dan masyarakat di sekeliling yang peka dengan masalah pembelajaran awal bagi anak-anak berumur 4 tahun hingga 6 tahun..di zaman hari ini tidak sepertimana 23 tahun dahulu..sekolah sekolah pra telah tumbuh dengan bermacam nama..dan PASTI telah terasa bahang sisihnya..
Saya lebih suka untuk nak menulis berkenaan PASTI di Dun Jabi..
secara ringkas ia dikendalikan pengurusan oleh Penyelaras Pemuda Dun Jabi.(PPDJ)..Pemuda memain peranan penting dalam nak menyambung kelansungan Pendidikan Pra berteraskan asas agama.bukan kerja senang bila tidak ada "kuasa" ni.. tapi kami dilatih bersusah-susah dahulu..bersenang-senang belum sampai masa!. semua masalah..terutama dari segi keewangan (orang kata masalah utama..tapi kami PPDJ kata masalah no 2!) tidak melemahkan semangat untuk nak mengurus pentadbiran..kami YAKIN JANJI-JANJI ALLAH!..dan buat masa ini segala berkaitan dengan keewangan dapat di atasi tanpa minta satu sen pun dari kerajaan pemerintah(Umno)!(kalau minta pun tk dapat..nak suruh tutup adalah...).
Masalah utama adalah nak bagi kesedaran kepada masyarakat setempat supaya menghantar anak -anak ke sekolah PASTI...itulah pekara yang kadang-kadang membuat kami berdebar setiap awal tahun sama ada sekolah di sesuatu cawangan tu dibuka atau ditutup!..Apa masalah semua tu hingga di tutup?..masalahnya ibu bapa diugut!guru guru PASTI di perlekeh ! bangunan-banggunan di hina..itulah kerja juak-juak Umno walaupun dia tahu asas pengajian dan tahap kecemerlangan kanak kanak lepasan PASTI..bah kan ada satu guru di sekolah rendah memuji tahap IQ murid tahun 1dari PASTI berbanding dengan TABIKA KEMAS..
Disini nak dijawab beberapa persoalan yang di timbulkan oleh juak-juak UMNO..
yang dikatakan ibu bapa di ugut adalah...kalau hantar anak ke tabika akan dapat RM50..dah tu pulak kalau nampak duk hantar anak ke sekolah PASTI ,wang ehsan tak ada harapan nak dapat! ooh sadisnya kalau ibu-bapa duk perjudi masa depan anak dengan wang ringgit!..meh laa hantar anak menghafal doa-doa yang kit asediri pun tak tau..terutama doa kedua ibu bapa!..sejuk nanti mati..
Guru PASTI tak ada kelulusan..hik hik ..gelak aku bila depa duk timbul isu ni...semua guru tabika kemas tu ada ijazah ke?..ada Master pHD ke..kalau tahap tu duk pikir ..tak ke manalah hala tuju anak anak..memang soal guru pun penting juga..tapi Kami di Jabatan Pasti tidak mudah mudah nak pilih sesiapa nak jadikan guru..kena ada tahap pendidikan juga..dah tu pulak pihak pengurusan PASTI pusat dan Negeri ada Menganjurkan Krusus secara berkala bagi memastikan tahap pengajaran meningkat..pendek kata kami tidak ketinggalan..bahkan kokurikulum PASTI lebih kedepan dan ditiru oleh TABIKA..!.kalau dulu TABIKA lebih terkenal dengan sekolah budak duk menyanyi!..
Bangunan Usang dan lama..
kami akui sesetengah tempat ada yang lama..dan jangan lupa nak tengok yang tersengam !..macam tabika jugak..ada bangunan batu..dan masih ada bangunan kayu yang dimakan anai-anai..perbezaan ketara antara bangunan PASTI dan bangunan Tabika ialah..bangunan kami 100% milik cawangan setempat!..manakala bangunan Tabika bukan MILIK UMNO!..ia milik kerajaan sama ada di bawah pengurusan kerajaan negeri atau Pusat!..dah tu kena ingat bila bertukar kerajaan.bangunan tu boleh diambil guna oleh kerajaan baru.
ingat tak kes budak-budak tadika junjung kerusi..?
Kesimpulannya..udahlah Umno duk ego nak larang ibu bapa yang nak hantar anak ke PASTI..masa depan anak -anak tu yang penting..biar ada asas agama dalam diri anak-anak..nasihat kami..rujuk dulu module kokurikulum..cuba tengok-tengok buku teks PASTI..cuba duk 10 minit perati apa yang cikgu PASTI ajar kepada murid-muridnya..lepas tu..TEPUK DADA TANYA SELERA ...!

IKRAR.. |
Program tersebut telah diisi dengan gelagat anak-anak pasti dalam membuat persembahan pentas..macam-macam ragam ada..kebiasaannya setiap PASTI di dun Jabi akan membuat persembahan masing masing mengikut apa yang diajar oleh guru..ada Nasyid berkumpulan,Azan,Sajak,membaca cerita dan banyak lagilah..tak kering gusi ibu bapa yang hadir melihat telatah anak anak mereka dalam membuat persembahan.
disinilah akan terselah apa yang selama ini dalam masa setahun duduk mengaji dan belajar dengan guru.Hasil nya amat membangga kepada ibubapa...Tunas tunas Islam ini InsyaAllah akan memberi manfaat kepada Ummah |
Setakat mana ibu bapa dan masyarakat di sekeliling yang peka dengan masalah pembelajaran awal bagi anak-anak berumur 4 tahun hingga 6 tahun..di zaman hari ini tidak sepertimana 23 tahun dahulu..sekolah sekolah pra telah tumbuh dengan bermacam nama..dan PASTI telah terasa bahang sisihnya..
Saya lebih suka untuk nak menulis berkenaan PASTI di Dun Jabi..
secara ringkas ia dikendalikan pengurusan oleh Penyelaras Pemuda Dun Jabi.(PPDJ)..Pemuda memain peranan penting dalam nak menyambung kelansungan Pendidikan Pra berteraskan asas agama.bukan kerja senang bila tidak ada "kuasa" ni.. tapi kami dilatih bersusah-susah dahulu..bersenang-senang belum sampai masa!. semua masalah..terutama dari segi keewangan (orang kata masalah utama..tapi kami PPDJ kata masalah no 2!) tidak melemahkan semangat untuk nak mengurus pentadbiran..kami YAKIN JANJI-JANJI ALLAH!..dan buat masa ini segala berkaitan dengan keewangan dapat di atasi tanpa minta satu sen pun dari kerajaan pemerintah(Umno)!(kalau minta pun tk dapat..nak suruh tutup adalah...).
Masalah utama adalah nak bagi kesedaran kepada masyarakat setempat supaya menghantar anak -anak ke sekolah PASTI...itulah pekara yang kadang-kadang membuat kami berdebar setiap awal tahun sama ada sekolah di sesuatu cawangan tu dibuka atau ditutup!..Apa masalah semua tu hingga di tutup?..masalahnya ibu bapa diugut!guru guru PASTI di perlekeh ! bangunan-banggunan di hina..itulah kerja juak-juak Umno walaupun dia tahu asas pengajian dan tahap kecemerlangan kanak kanak lepasan PASTI..bah kan ada satu guru di sekolah rendah memuji tahap IQ murid tahun 1dari PASTI berbanding dengan TABIKA KEMAS..
Disini nak dijawab beberapa persoalan yang di timbulkan oleh juak-juak UMNO..
yang dikatakan ibu bapa di ugut adalah...kalau hantar anak ke tabika akan dapat RM50..dah tu pulak kalau nampak duk hantar anak ke sekolah PASTI ,wang ehsan tak ada harapan nak dapat! ooh sadisnya kalau ibu-bapa duk perjudi masa depan anak dengan wang ringgit!..meh laa hantar anak menghafal doa-doa yang kit asediri pun tak tau..terutama doa kedua ibu bapa!..sejuk nanti mati..
Guru PASTI tak ada kelulusan..hik hik ..gelak aku bila depa duk timbul isu ni...semua guru tabika kemas tu ada ijazah ke?..ada Master pHD ke..kalau tahap tu duk pikir ..tak ke manalah hala tuju anak anak..memang soal guru pun penting juga..tapi Kami di Jabatan Pasti tidak mudah mudah nak pilih sesiapa nak jadikan guru..kena ada tahap pendidikan juga..dah tu pulak pihak pengurusan PASTI pusat dan Negeri ada Menganjurkan Krusus secara berkala bagi memastikan tahap pengajaran meningkat..pendek kata kami tidak ketinggalan..bahkan kokurikulum PASTI lebih kedepan dan ditiru oleh TABIKA..!.kalau dulu TABIKA lebih terkenal dengan sekolah budak duk menyanyi!..
Bangunan Usang dan lama..
kami akui sesetengah tempat ada yang lama..dan jangan lupa nak tengok yang tersengam !..macam tabika jugak..ada bangunan batu..dan masih ada bangunan kayu yang dimakan anai-anai..perbezaan ketara antara bangunan PASTI dan bangunan Tabika ialah..bangunan kami 100% milik cawangan setempat!..manakala bangunan Tabika bukan MILIK UMNO!..ia milik kerajaan sama ada di bawah pengurusan kerajaan negeri atau Pusat!..dah tu kena ingat bila bertukar kerajaan.bangunan tu boleh diambil guna oleh kerajaan baru.
ingat tak kes budak-budak tadika junjung kerusi..?
Kesimpulannya..udahlah Umno duk ego nak larang ibu bapa yang nak hantar anak ke PASTI..masa depan anak -anak tu yang penting..biar ada asas agama dalam diri anak-anak..nasihat kami..rujuk dulu module kokurikulum..cuba tengok-tengok buku teks PASTI..cuba duk 10 minit perati apa yang cikgu PASTI ajar kepada murid-muridnya..lepas tu..TEPUK DADA TANYA SELERA ...!
Monday, November 8, 2010
Tak menjadikah Pilihan Syura?..
Sayugia...
Rata-rata selepas pilihan raya sama ada Umum atau Kecil..isu utama yang duk dibincang penganalisi politik warung adalah Faktor Calon!
Tak terlepas juga di Galas baru -baru ini..Saye ada jenguk beberapa Warung kopi dan warung-warung Maya(blog)..rata-rata mereka meletakan Faktor calon punca keutamaan.Betul ke?
sebelum kita nak postmortem isu calon jom kena berbalik pada Asas perletakan calon.
Saye tidak mahir dan tak boleh nak menghurai panjang pasal ciri-ciri Untuk nak diterima jadi calon..tapi sye teringat satu artikel dari Subky latif..Untuk nak letak seseorang calon dalam satu tempat tu memerlukan bebrapa tapisan yang ketat juga..tidak di tengok sekadar akdemik dan kerjaya juga,di samping beberapa fak tor lagi hingga melangkaui sama ada calon-calon ni ada melakukan dosa-dosa besar atau tidak!..uhhh sampai tahap tu ye.Bah kan di kelantan Tak nak calon yang merokok!
dah tu pulak..bila dah di angkat cadang oleh cawangan..seterusnya kawasan..melalui tapisan Negeri..dan di X-ray oleh pusat.seterusnya MAJLIS SYURA ULAMA yang berhak meluluskan atau tidak seseorang tu di Calonkan..rasanya gitulah apa yang difahami oleh saye..
Rumusannya setiap keputusan meletak calon dah di bincang lumat hingga cair oleh peringkat tertinggi dan kita dalam jemaah ni apabila dah satu keputusan hasil dari musyawarah..baki lagi hasilnya adalah berserah kepada Allah S.w.t.dan sudah adat manusia bila kalah faktor calon yang di keutamaan..tapi bila menang?
..apapun satu rumusan Dari presiden PAS agak menarik dan bertepatan..CAWANGAN TAK AKTIF ..maklumat tak sampai keperingkat akar umbi pengundi sasaran..cawangan hanya aktif bila esok nak pilihan raya..tika tu mulalah sibuk nak masuk hutan cari kayu bendera..musuh dah naik atas rumah duk berkempen..hingga sampai masuk kebun getah tunjuk gambar calon..ha ha ha tergelak aku bila tengok satu foto dari metro penuh puteri Umno dalam kebun getah duk kempen Sorang makcik yang sedang menoreh..kalau sye jadi makcik tu sah saya suruh puteri kutip sekerap getah..biar dia tau dia punya bau!
Faktor calon juga yang yang buat orang cawanagan geger sesama sendiri bila time mengundi..tidak kira sebelah Umno atau sebelah PAS..semua tu bila dah tak guna tarbiah yang duk pelajari selama ini..padahal cawangan yang nak ke seseorang calon tu ..AJK cawangan pun ada 3 orang!..he he ..macam-macam..
kadang-kadang kita ni kena ambil iktibar dari kisah-kisah para sahabat ..Khalid ibnu Walid dipecat dari menjadi 'calon ' oleh saidina Umar tak kala 'pilihan raya' sedang berlangsung..hasilnya kemenangan tetap berganda..
kalau kita buat macamtu..sah hilang negeri!
Akhir kata udahlah duk fikir bab sapa calon..dan yang yang rasa diri di calonkan dan ada gara-gara nak di calonkan kena ambil iktibar..kesian kat rakyat bawah..duk panjat pokok pasang bendera..duk berjaga malam pasal tampal poster..tapi time pilihan raya ..isu calon yang utama..
pemuda agaklah..kalau ada sikap tolak menolak dalam diri tak nak di calonkan..uuuiii senang-senang kita boleh rampas balik!
*teringat satu ayat dari orang yang faham.."aku ni..kalau letak batang kayu jadi calon parti PAS..aku tetap pangkah dia.pasal aku berjuang kerana islam bukan kerana individu"
Rata-rata selepas pilihan raya sama ada Umum atau Kecil..isu utama yang duk dibincang penganalisi politik warung adalah Faktor Calon!
Tak terlepas juga di Galas baru -baru ini..Saye ada jenguk beberapa Warung kopi dan warung-warung Maya(blog)..rata-rata mereka meletakan Faktor calon punca keutamaan.Betul ke?
sapa jadi calon gua no hal..janji mudah kira..! |
Saye tidak mahir dan tak boleh nak menghurai panjang pasal ciri-ciri Untuk nak diterima jadi calon..tapi sye teringat satu artikel dari Subky latif..Untuk nak letak seseorang calon dalam satu tempat tu memerlukan bebrapa tapisan yang ketat juga..tidak di tengok sekadar akdemik dan kerjaya juga,di samping beberapa fak tor lagi hingga melangkaui sama ada calon-calon ni ada melakukan dosa-dosa besar atau tidak!..uhhh sampai tahap tu ye.Bah kan di kelantan Tak nak calon yang merokok!
dah tu pulak..bila dah di angkat cadang oleh cawangan..seterusnya kawasan..melalui tapisan Negeri..dan di X-ray oleh pusat.seterusnya MAJLIS SYURA ULAMA yang berhak meluluskan atau tidak seseorang tu di Calonkan..rasanya gitulah apa yang difahami oleh saye..
Rumusannya setiap keputusan meletak calon dah di bincang lumat hingga cair oleh peringkat tertinggi dan kita dalam jemaah ni apabila dah satu keputusan hasil dari musyawarah..baki lagi hasilnya adalah berserah kepada Allah S.w.t.dan sudah adat manusia bila kalah faktor calon yang di keutamaan..tapi bila menang?
..apapun satu rumusan Dari presiden PAS agak menarik dan bertepatan..CAWANGAN TAK AKTIF ..maklumat tak sampai keperingkat akar umbi pengundi sasaran..cawangan hanya aktif bila esok nak pilihan raya..tika tu mulalah sibuk nak masuk hutan cari kayu bendera..musuh dah naik atas rumah duk berkempen..hingga sampai masuk kebun getah tunjuk gambar calon..ha ha ha tergelak aku bila tengok satu foto dari metro penuh puteri Umno dalam kebun getah duk kempen Sorang makcik yang sedang menoreh..kalau sye jadi makcik tu sah saya suruh puteri kutip sekerap getah..biar dia tau dia punya bau!
Faktor calon juga yang yang buat orang cawanagan geger sesama sendiri bila time mengundi..tidak kira sebelah Umno atau sebelah PAS..semua tu bila dah tak guna tarbiah yang duk pelajari selama ini..padahal cawangan yang nak ke seseorang calon tu ..AJK cawangan pun ada 3 orang!..he he ..macam-macam..
kadang-kadang kita ni kena ambil iktibar dari kisah-kisah para sahabat ..Khalid ibnu Walid dipecat dari menjadi 'calon ' oleh saidina Umar tak kala 'pilihan raya' sedang berlangsung..hasilnya kemenangan tetap berganda..
kalau kita buat macamtu..sah hilang negeri!
Akhir kata udahlah duk fikir bab sapa calon..dan yang yang rasa diri di calonkan dan ada gara-gara nak di calonkan kena ambil iktibar..kesian kat rakyat bawah..duk panjat pokok pasang bendera..duk berjaga malam pasal tampal poster..tapi time pilihan raya ..isu calon yang utama..
pemuda agaklah..kalau ada sikap tolak menolak dalam diri tak nak di calonkan..uuuiii senang-senang kita boleh rampas balik!
*teringat satu ayat dari orang yang faham.."aku ni..kalau letak batang kayu jadi calon parti PAS..aku tetap pangkah dia.pasal aku berjuang kerana islam bukan kerana individu"
Friday, November 5, 2010
Aduhh sibuknya kita!
wooiii..aku dapat RM30..korang dapat apa?. |
Dah 2 minggu blog ni siap..tapi nak isi bahan kerap tertunda..itulah sebahgian ragam manusia.nak buat tapak,nak buat rumah,nak buat itu ini amat senang kalau bercakap.tapi nak isi?..punya payah nak laksana.apatah lagi dengan alasan yang amat popular "amat sibuk!".
Sebut kata sibuk.saye teringat ucapan YB Ust Mohd Nor hamzah ketua pemuda Pas Terengganu..katanya,"sibuk sangatkah kita hingga tak sempat nak sembahyang bagi yang tak sembahyang..sibuk sangatkah kita hingga tak dapat ruang nak buat program setempat khusus untuk pemuda dan setakat mana sibuknya kita hingga tak dapat hadir ke mesyuarat dan program-program yang dianjurkan yang mana ia diadakan sebulan sekali atau 2 bulan sekali?...
Bila teringat teguran sebegitu rasa semangat nak buat kerja jemaah ni..dan menulis ini hanya sekadar nak kongsi "semangat yang hilang" kata XPDC! he he he..Yang penting sekali kena susun semula perancangan..MASA DAH SEMAKIN SUNTUK!
Bermula dengan PRK k.Terengganu selepas Pilihan raya hari tu..kita telah menyaksikan satu demi satu PRK di Malaysia ni..entah berapa kali PRK sye pun malas nak ingat..Pakatan Rakyat ada menang dah ada yang kalah.itu dah adab bertanding .Saye tak berani nak ulas bab tu.
Bagi kami yang sering kali mengikuti suasana mengundi di PRK..sama ada bertugas secara langsung atau sekadar merayu undi..dan terbaru di PRK dun Galas baru-baru ini..menganggapkan semua penyertaan kami dalam siri pilihan raya kecil sebagai ilmu untuk nak dipraktiskan di tempat UPU masing-masing..itulah rasanya sebahagian Hikmah Allah Taala menjadikan tahun ni paling banyak PRK!supaya kita semua belajar,kaji dan merancang dalam nak hadapi Pilihan Raya Umum nanti..kalau kita praktis semua pengalaman PRK..tak mustahil PUtraJaya milik Pakatan!..InsyaAllah..
JOM Gempur UMNo!
Monday, November 1, 2010
Alhamdullilah...Siap jugak!
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim..
Maha Suci Ya Allah yang telah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk..dikurniakan akal fikiran..mudah-mudahan dengan sedikit ilmu dapat di kongsi dengan semua generasi muda masa kini..
Syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya..dapat saya siapkan sebuah medan juang untuk para sahabat dari Dun jabi khususnya,bagi mempersembahkan karya minda masing-masing bagi tujuan perkongsian ilmu.
Dunia yang bergerak pantas hari ini memerlukan satu ajakan paradigma yang cepat selari dengan peredaran masa..dan kami pejuang kerdil akan cuba berlari sejajar dengan kepantasan Zaman..

Subscribe to:
Posts (Atom)