sejarah terciptanya "orang mude Geng Kite"

Wednesday, December 8, 2010

Majlis Khatan 2010

Alhamdulliah..

Pada 4 disember 2010 ..majlis khatan beramai-ramai anjuran penyelaras pemuda pas dun jabi telah selamat disempurnakan..Tahun ini walaupun agak merosot sedikit pesertanya iaitu sebanyak 55 orang berbanding tahun lepas yang mencecah 100 orang lebih..tapi program tetap berjalan lancar. kemerosotan peserta memang sudah dijangka kerana program pada kali ini agak terlewat sikit diadakan memandangkan tarikh asal bertembung dengan kawasan lain yang sudah tempah awal-awal lagi skuad "TOK Mudim"


Program yang bermula seawal 8 pagi dimulakan dengan ucapan dari ketua PPDJ saudara Rafie dan seterusnya dirasmikan oleh Dr Azman Ibrahim selaku wakil MTD jabi.Sebanyak 5 bilik telah di buka bagi mempercepatkan program tersebut supaya tidak ada rungutan lambat dari ibu bapa.Dengan kepakaran yang ada peserta seramai 55 orang itu telah dapat disiapkan dalam masa setengah hari sahaja.


Bagi kami Pemuda Dun..kepuasan tergambar bila mana program yang dianjurkan semenjak 11 tahun dahulu dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM50.00 sahaja.Berbanding dengan kos rawatan di sekitar klinik swasta dan kerajaan..ada kos sehingga RM60.00 hingga RM80.00.
Di samping itu juga kami pihak PPDJ sejak dari dulu lagi akan memberi sedikit cederahati buat peserta khatan.


Keseluruhan penganjuran program tersebut adalah semata-mata untuk memberi khidmat kebajikan kepada warga Dun Jabi Khususnya .dan Alhamdulillah.sokongan dari ibu bapa tanpa mengira pahaman politik telah menjayakan program yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda Pas Jabi.Moga tahun hadapan kami sebagai penganjur akan cuba memastikan memberi khidmat bakti dengan lebih baik lagi..InsyaAllah




1 comment:

Abu Zahid said...

Tahniah kerana berjaya meneruskan program tahunan ini...