sejarah terciptanya "orang mude Geng Kite"

Friday, December 31, 2010

Hijriah vs Masehi


lama benar tk up date blog pemuda jabi ni..alasannya macam biasalah..SIBUK!

Malam ni secara kebetulan atau disengajakan..ideal menulis timbul bila mana telefon berdering bunyi sms dari seorang sahabat mengucapkan SELAMAT MEYAMBUT TAHUN BARU 2011.
ah tk perasan pulak malam ni malam terakhir tahun 2010 masehi.dan jam menunjukan pukul 12.05 tgh malam..maknanya dah 5 minit berada di tahun 2011..patutlah tadi terdengar detuman bunga api kat luar rumah..ingat sapa yang nak perabih baki mercum raya hari tu..rupanya tu detuman kemeriahan merayakan tahun baru!

Di facebook & tagged berlambak ucapan happy new year...bermacam-macam ucapan ditujukan.ada yg mendoakan panjang umurlah..moga sukses dalam kerjayalah..dan tak kurang juga yang berazam nak buat yang terbaik !
pendek kata muncul je tahun baru..azam pun mesti baru..

Persoalannya..?
kenapa suka sangat masyarakat kita dengan kehadiran tahun masehi ni..wahhal kita sudah pun berada di tahun baru yakni pada 7 disember lalu kita dah pun melangkah ke tahun 1432hijriah bersamaan dengan 1 muharam..jadi kita dah mendahului masehi ..tak kan dah lupa ngan slogan maal hijrah..adakah dengan sebutan selamat menyambut maal hijrah tak semeriah happy new year?

sebetulnya ramai dikalangan msyarakat kita sama ada di bandar-bandar mahu pun di kampung tidak mengerti kewujudan tahun masehi.sekian masa berlalu segala urusan semenjak tarikh lahir kedunia hinggga mati kita didik dengan tahun masehi.apatah lagi segala urusan keduniawi...tahun masehi merupakan tarikh penting  dalam nak menetapkan masa hari dan ketika.Untuk nak imbas kembali sejarah kewujudan tahun masehi agak sukar untuk saye perjelaskan dalam ruang yang terhad ini..tapi pembaca boleh buat di carian maya untuk mengetahui sejarah sebenar.

Apa yang nak di kongsikan ialah setakat mana keserasian  Tahun Hijrah islam dalam masyarakat Islam pada hari ini terutama generasi baru..boleh dikatakan 60% anak-anak muda kita tak ambil kisah dengan tahun islam.buktinya setiap tahun kedatangan Sambutan maal hijrah golongan muda masih tidak menyertai sepenuhnya setiap program yang dianjurkan di tempat masing-masing.bagi mereka yang ada asas agama mungkin memahami sedikit sebanyak sejarah hijrah..tapi bagi mereka yang jauh ngan ilmu dan tidak terdedah dengar ajaran agama ..mungkin tak ambil peduli dengan kedatangan 1 muharam.

kenapa kita perlu kembali kepada penggunaan tahun hijrah?
Adalah banyak pekara dan peristiwa penting yang terkandung dalam setiap bulan di tahun hijrah.bermula dengan nabi kita Muhammad S.A.W menerima wahyu yang pertama.sehinggalah kewafatan baginda ..banyak peristiwa-peristiwa dan pekara yang perlu kita hayati dan memperingati agar ia dapat memantap umat islam .
dalam setahun mungkin 3 pekara utama yang masyarakat kita ingat sampai bila-bila iaitu Puasa di bulan Ramadhan,sambutan hari raya aidilfitri di bulan shawal dan hari raya korban di bulan haji(istilah org kampung) yakni di bulan Zulhijah..inilah rasanya masyarakat kita tak lupa nama dan peranan bulan islam..

Bagaimana dengan bulan-bulan lain?..dalam bulan berapa nabi isra mi'raj?bulan berapa sambutan maulud nabi atau kelahiran baginda?dan dalam bulan berapa nabi berhijrah?dalam bulan Rejab apa pekara yang berlaku? semua persoalan-persoalan ini kalau ditanya pada generasi  muda hari ini rasanya sedikit yang dapat menjawabnya.sebabnya ?kerana kita sudah sekian lama peduli dengan tahun masehi tapi tak peduli ngan tahun Islam

Sambutan pada tahun ini juga rasanya seperti tahun yg lepas-lepas ...akan ada mereka-mereka yang berkumpul beramai-ramai menanti detik jam 12.00malam untuk nak melaungkan happy new year!tanpa peduli percampuran lelaki dan wanita...wang beribu dihabiskan dengan membakar mercum dan bunga api..aduh malang sungguh anak muda kita yang terbuai hanyut dengan tahun masehi! tak mustahil hasil dari pergaulan tak berbatas ini akan memberi kesan pada7 bulan akan datang dengan kes PEMBUANGAN BAYI pula..Nauzulbillah.

disinilah peranan kerajaan dan pemerintah untuk nak didik masyarakat  dengan sebaiknya.dengan memainkan peranan dengan menganjurkan program yang lebih sihat dan berfaedah ..cukuplah dihidangkan anak-anak muda dengan program yang melalaikan...perbataskan pergaulan...rugilah  generasi muda ini terutama Melayu beragama islam.masalah sosial makin berlambak..kalau di tambah lagi dengan sambutan hiburan melampau sebagai penyambut tahun baru..tak mustahil akhir tahun nanti berlambak juga masalah hasil dari sambutan awal tahun!




Wednesday, December 8, 2010

Majlis Khatan 2010

Alhamdulliah..

Pada 4 disember 2010 ..majlis khatan beramai-ramai anjuran penyelaras pemuda pas dun jabi telah selamat disempurnakan..Tahun ini walaupun agak merosot sedikit pesertanya iaitu sebanyak 55 orang berbanding tahun lepas yang mencecah 100 orang lebih..tapi program tetap berjalan lancar. kemerosotan peserta memang sudah dijangka kerana program pada kali ini agak terlewat sikit diadakan memandangkan tarikh asal bertembung dengan kawasan lain yang sudah tempah awal-awal lagi skuad "TOK Mudim"


Program yang bermula seawal 8 pagi dimulakan dengan ucapan dari ketua PPDJ saudara Rafie dan seterusnya dirasmikan oleh Dr Azman Ibrahim selaku wakil MTD jabi.Sebanyak 5 bilik telah di buka bagi mempercepatkan program tersebut supaya tidak ada rungutan lambat dari ibu bapa.Dengan kepakaran yang ada peserta seramai 55 orang itu telah dapat disiapkan dalam masa setengah hari sahaja.


Bagi kami Pemuda Dun..kepuasan tergambar bila mana program yang dianjurkan semenjak 11 tahun dahulu dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM50.00 sahaja.Berbanding dengan kos rawatan di sekitar klinik swasta dan kerajaan..ada kos sehingga RM60.00 hingga RM80.00.
Di samping itu juga kami pihak PPDJ sejak dari dulu lagi akan memberi sedikit cederahati buat peserta khatan.


Keseluruhan penganjuran program tersebut adalah semata-mata untuk memberi khidmat kebajikan kepada warga Dun Jabi Khususnya .dan Alhamdulillah.sokongan dari ibu bapa tanpa mengira pahaman politik telah menjayakan program yang dianjurkan oleh Penyelaras Pemuda Pas Jabi.Moga tahun hadapan kami sebagai penganjur akan cuba memastikan memberi khidmat bakti dengan lebih baik lagi..InsyaAllah