sejarah terciptanya "orang mude Geng Kite"

Monday, November 8, 2010

Tak menjadikah Pilihan Syura?..

Sayugia...

Rata-rata selepas pilihan raya sama ada Umum atau Kecil..isu utama yang duk dibincang penganalisi politik warung adalah Faktor Calon!
Tak terlepas juga di Galas baru -baru ini..Saye ada jenguk beberapa Warung kopi dan warung-warung Maya(blog)..rata-rata mereka meletakan Faktor calon punca keutamaan.Betul ke?


sapa jadi calon gua no hal..janji mudah kira..!
 sebelum kita nak postmortem isu calon jom kena berbalik pada Asas perletakan calon.
Saye tidak mahir dan tak boleh nak menghurai panjang pasal ciri-ciri Untuk nak diterima jadi calon..tapi sye teringat satu artikel dari Subky latif..Untuk nak letak seseorang calon dalam satu tempat tu memerlukan bebrapa tapisan yang ketat juga..tidak di tengok sekadar akdemik dan kerjaya juga,di samping beberapa fak tor lagi hingga  melangkaui sama ada calon-calon ni ada melakukan dosa-dosa besar atau tidak!..uhhh sampai tahap tu ye.Bah kan di kelantan Tak nak calon yang merokok!

dah tu pulak..bila dah di angkat cadang oleh cawangan..seterusnya kawasan..melalui tapisan Negeri..dan di X-ray oleh pusat.seterusnya MAJLIS SYURA ULAMA yang berhak meluluskan atau tidak seseorang tu di Calonkan..rasanya gitulah apa yang difahami oleh saye..

Rumusannya setiap keputusan meletak calon dah di bincang lumat hingga cair oleh peringkat tertinggi  dan kita dalam jemaah ni apabila dah satu keputusan hasil dari musyawarah..baki lagi hasilnya adalah berserah kepada Allah S.w.t.dan sudah adat manusia bila kalah faktor calon yang di keutamaan..tapi bila menang?

..apapun satu rumusan Dari presiden PAS agak menarik dan bertepatan..CAWANGAN TAK AKTIF ..maklumat tak sampai keperingkat akar umbi pengundi sasaran..cawangan hanya aktif bila esok nak pilihan raya..tika tu mulalah sibuk nak masuk hutan cari kayu bendera..musuh dah naik atas rumah duk berkempen..hingga sampai masuk kebun getah  tunjuk gambar calon..ha ha ha tergelak aku bila tengok satu foto dari metro penuh puteri Umno dalam kebun getah duk kempen Sorang makcik yang sedang menoreh..kalau sye jadi makcik tu sah saya suruh puteri kutip sekerap getah..biar dia tau dia punya bau!

Faktor calon juga yang yang buat orang cawanagan geger sesama sendiri bila time mengundi..tidak kira sebelah Umno atau sebelah PAS..semua tu bila dah tak guna tarbiah yang duk pelajari selama ini..padahal cawangan yang nak ke seseorang calon tu ..AJK cawangan pun ada 3 orang!..he he ..macam-macam..

kadang-kadang kita ni kena ambil iktibar dari kisah-kisah para sahabat ..Khalid ibnu Walid dipecat dari menjadi 'calon ' oleh saidina Umar tak kala 'pilihan raya' sedang berlangsung..hasilnya kemenangan tetap berganda..
kalau kita buat macamtu..sah hilang negeri!

Akhir kata udahlah duk fikir bab sapa calon..dan yang yang rasa diri di calonkan dan ada gara-gara nak di calonkan kena ambil iktibar..kesian kat rakyat bawah..duk panjat pokok pasang bendera..duk berjaga malam pasal tampal poster..tapi time pilihan raya ..isu calon yang utama..
pemuda agaklah..kalau ada sikap tolak menolak dalam diri tak nak di calonkan..uuuiii senang-senang kita boleh rampas balik!

*teringat satu ayat dari orang yang faham.."aku ni..kalau letak batang kayu jadi calon parti PAS..aku tetap pangkah dia.pasal aku berjuang kerana islam bukan kerana individu"

No comments: