sejarah terciptanya "orang mude Geng Kite"

Monday, January 17, 2011

PAS GANTI UMNO


Slogan "PAS GANTI UMNO" memang tepat dilancarkan ketika mana UMNO kini dilanda dengan seribu kekalutan isu yang tak terjawab dikalangan pemimpinnya..
slogan ini juga menjadikan UMNO di sesetengah tempat di negeri terengganu khususnya dan  di Dun Jabi contohnya,macam cancing kepanasan.
keberkesanan Kalimah "PAS Ganti UMNO " itu juga telah membuat UMno Jabi hilang pertimbangan bila mana mengarahkan PAS jabi membuang Banner yang tergantung di pejabat MTD Jabi..mana mungkin kita Pihak PAS nak buang atas arahan dia..sebelum tu sedar ke tidak UMNO ni..banner tu tergantung di kawasan bangunan milik PAS..apa kena mengena yang nak dimarahkan sampai disuruh buang...lainlah kalau banner tu tergantung di depan pejabat UMNO Jabi..ataupun tergantung di kawasan sekolah ke atau di balaraya...adalah jugak logik akal..kalau ye pun marah pasal ada perkataan "UMNO "..itu biasalah adab berlawan..puak demo naik kain rentang bagitau "PAS kluk klek" kita relaks je..demo tulis "PAS ni parti Tungangan DAP"..kita tak suruh buang pun..tak kanlah dengan slogan tu demo dah rasa gelabah?.
Itulah nak bagitau bertapa ceteknya pemikiran UMNO ni hingga tak sempat nak pikir sebelum nak bagi arahan supaya buang banner tu..hai gelak aku dengan puak-puak UMNO ni.. .kalau begitu maknanya Slogan tu dah mengena sasaran!
kita tinggal dulu UMNO ni ..biar dia terjun dengan labunya..biarkan ..biarkan..


" Pelancaran himpunanKebangkitan Rakyat "sempena PAS Ganti UmNO baru-baru ini di dataran Tok Guru kg Geliga kemaman telah menyaksikan semangat untuk nak tukar kerajaan UMNO dengan PAS membuak-buak di jiwa masing-masing yang hadir ke program itu.tidak hanya di kalangan veteran yang sinonim ngan perjuangan Pas ni..tapi direalisasikan dengan kehadiran ribuan anak anak muda dari setiap ceruk negeri Terenganu ni yang memang di luar dari jangkaan.
Difahamkan lebih 3000 konvoi motor dari anak anak muda telah mengiringi Presiden dan Mursyidul Am pada pagi itu ke tapak program.satu angka yang agak menakjubkan berbanding program yang dianjurkan oleh Umno sebelum pada itu.
Dua hari selepas  itu ada anak muda (anak orang umno) yang datang berjumpa bertanya pasal Konvoi  ke program itu.Dia melahirkan rasa menyesal kerana tidak mengetahui program tersebut.saya berkata 'itu program PAS tak kan nak ikut sama'..dia menjawab "itu soal lain..".
jadi itulah senario kesan dari program yang diajurkan oleh Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu.
memang patutlah UMNO gelabah..

Persoalannya..bersiapkah kita untuk nak ganti Umno ni yang kita semua maklum sebab  kena ganti..setakat mana kita nak menyakinkan golongan atas pagar,anak anak muda dan pengundi pengundi baru supaya menyokong PAS mengantikan Umno.
Semua itu perlu bermula dari peringkat cawangan lagi..sama ada AJK cawangan, pemuda dan Muslimat   ia perlu memainkan peranan penting dalam nak mengantikan Umno terutama JKKK..kalau rakyat di bawah dapat yakin dengan kemampuan cawangan bekerja dari segi kebajikan...cakna ...dan ambil berat masalah setempat..tak mustahil kita PAS boleh ganti Umno di peringkat Negeri...tapi kalau cawangan masih lagi tak bergaul dengan masyarakat..tak tunjuk kemampuan boleh menyelesai masalah orang kampung..maknanya tak kemana slogan keramat tu..
Jadi bermula pada pelancaran kebangkitan rakyat baru baru ini kita kena start buat kerja.jangan tunggu kita memerintah baru nak dampingi masyarakat..kita tak nafikan UmNo la ni ada jentera kerajaan..dan kita tak payah lawan dengan jentera ini..yang akan kita tawan ialah hati-hati mereka yang akan terasa terhutang budi kalau kita dapat selami masalah seharian mereka.kalau tidak semua masalah dapat diselesaikan sekurang-kurangnya meringankan sedikit bebanan mereka..itu rasanya lebih berkesan.
Teringat Ucapan Ust Idris ahmad dalam konteks cara bekerja nak ganti Umno ni...'Ia mesti bermula peringkat cawangan bekerja dan berfikir macaman nak menangkan peringkat UPU...MTD kena fikir cara mana nak menangkan DUN..peringkat Negeri berfikir cara negeri dan seterusnya untuk nak Ganti Najid biar peringkat pusat yang berfikir dan bekerja macamana nak ke Putra Jaya.' kalau masing-masing fahami setiap  tugas yang diarahkan jadi tak mustahil slogan PAS GANTI UMNO akan jadi realiti..InsyaAllah.










No comments: