sejarah terciptanya "orang mude Geng Kite"

Friday, November 12, 2010

PASTI...jom mari pakat hantar anak-anak

11hb November 2010..
Majlis ihtifal PASTI di dun jabi telah berlansung dengan meriah semalam.Cawangan kerandang telah dipilih sebagai tuan rumah bagi tahun ni..Bagi tahun lepas ia berlangsung di Cawangan Bukit Tanah.Alhamdullilah dengan cuaca baik walaupun dalam musim edah hujan..program sepagi dapat berjalan dengan sempurna.
kesempatan ini pihak PPDJ ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada AJK cawangan Kerandang kerana  besusah payah dan bertukus lumus dalam menyediakan persiapan pentas..tempat dan makan minum sepanjang tempoh program berjalan.


IKRAR..

Program tersebut telah diisi dengan gelagat anak-anak pasti dalam membuat persembahan pentas..macam-macam ragam ada..kebiasaannya setiap PASTI di dun Jabi  akan membuat persembahan masing masing mengikut apa yang diajar oleh guru..ada Nasyid berkumpulan,Azan,Sajak,membaca cerita dan banyak lagilah..tak kering gusi ibu bapa yang hadir melihat telatah anak anak mereka dalam membuat persembahan.
disinilah akan terselah apa yang selama ini dalam masa setahun duduk mengaji dan belajar dengan guru.Hasil nya amat membangga kepada ibubapa...

Tunas tunas Islam ini InsyaAllah akan memberi manfaat kepada Ummah
Persoalannya....

Setakat mana ibu bapa dan masyarakat di sekeliling yang peka dengan masalah pembelajaran awal bagi anak-anak berumur 4 tahun hingga 6 tahun..di zaman hari ini tidak sepertimana 23 tahun dahulu..sekolah sekolah pra telah tumbuh dengan bermacam nama..dan PASTI telah terasa bahang sisihnya..

Saya lebih suka untuk nak menulis berkenaan PASTI di Dun Jabi..
secara ringkas  ia dikendalikan pengurusan oleh Penyelaras Pemuda Dun Jabi.(PPDJ)..Pemuda memain peranan penting dalam nak menyambung kelansungan Pendidikan Pra berteraskan asas agama.bukan kerja senang bila tidak ada "kuasa" ni.. tapi kami dilatih bersusah-susah dahulu..bersenang-senang belum sampai masa!. semua masalah..terutama dari segi keewangan (orang kata masalah utama..tapi kami PPDJ kata masalah no 2!) tidak melemahkan semangat untuk nak mengurus pentadbiran..kami YAKIN JANJI-JANJI ALLAH!..dan buat masa ini segala berkaitan dengan keewangan dapat di atasi tanpa minta satu sen pun dari kerajaan pemerintah(Umno)!(kalau minta pun tk dapat..nak suruh tutup adalah...).

Masalah utama adalah nak  bagi kesedaran kepada masyarakat setempat supaya menghantar anak -anak ke sekolah PASTI...itulah pekara yang kadang-kadang membuat kami berdebar setiap awal tahun sama ada sekolah di sesuatu cawangan  tu dibuka atau ditutup!..Apa masalah semua tu hingga di tutup?..masalahnya ibu bapa diugut!guru guru PASTI di perlekeh ! bangunan-banggunan di hina..itulah kerja juak-juak Umno walaupun dia tahu asas pengajian dan tahap kecemerlangan kanak kanak lepasan PASTI..bah kan ada satu guru di sekolah rendah memuji tahap IQ murid  tahun 1dari PASTI berbanding dengan TABIKA KEMAS..

Disini nak dijawab beberapa persoalan yang di timbulkan oleh juak-juak UMNO..
yang dikatakan ibu bapa di ugut adalah...kalau hantar anak ke tabika akan dapat RM50..dah tu pulak kalau nampak duk hantar anak ke sekolah PASTI ,wang ehsan tak ada harapan nak dapat! ooh sadisnya kalau ibu-bapa duk perjudi masa depan anak dengan wang ringgit!..meh laa hantar anak menghafal doa-doa yang kit asediri pun tak tau..terutama doa kedua ibu bapa!..sejuk nanti mati..

Guru PASTI tak ada kelulusan..hik hik ..gelak aku bila depa duk timbul isu ni...semua guru tabika kemas tu ada ijazah ke?..ada Master pHD ke..kalau tahap tu duk pikir ..tak ke manalah hala tuju anak anak..memang soal guru pun penting juga..tapi Kami di Jabatan Pasti tidak mudah mudah nak pilih sesiapa nak jadikan guru..kena ada tahap pendidikan juga..dah tu pulak pihak pengurusan PASTI pusat dan Negeri ada Menganjurkan Krusus secara berkala bagi memastikan tahap pengajaran meningkat..pendek kata kami tidak ketinggalan..bahkan kokurikulum PASTI lebih kedepan dan ditiru oleh TABIKA..!.kalau dulu TABIKA lebih terkenal dengan sekolah budak duk menyanyi!..

Bangunan Usang dan lama..
kami akui sesetengah tempat ada yang lama..dan jangan lupa nak tengok yang tersengam !..macam tabika jugak..ada bangunan batu..dan masih ada bangunan kayu yang dimakan anai-anai..perbezaan ketara  antara bangunan PASTI dan bangunan Tabika ialah..bangunan kami 100% milik cawangan setempat!..manakala bangunan Tabika bukan MILIK UMNO!..ia milik kerajaan sama ada di bawah pengurusan kerajaan negeri atau Pusat!..dah tu kena ingat bila bertukar kerajaan.bangunan tu boleh diambil guna oleh kerajaan baru.
ingat tak kes budak-budak tadika junjung kerusi..?

Kesimpulannya..udahlah Umno duk ego nak larang ibu bapa yang nak hantar anak ke PASTI..masa depan anak -anak tu yang penting..biar ada asas agama dalam diri anak-anak..nasihat kami..rujuk dulu module kokurikulum..cuba tengok-tengok buku teks PASTI..cuba duk 10 minit perati apa yang cikgu PASTI ajar kepada murid-muridnya..lepas tu..TEPUK DADA TANYA SELERA ...!

No comments: